Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

Thursday 6 February 2014

Subsidi yuran taska bagi tahun 2014


Bismillah.

Di sini ana ingin share tentang subside gomen iaitu subsidi bagi yuran taska kanak-kanak.

Kita semua sedia maklum yuran taska semakin lama, semakin naik. Untuk anak ana sahaja, satu kepala hampir RM300. Actually, anak pertama RM250, dan anak kedua RM300. Ini tak termasuk lagi yuran tahunan, pendaftaran dan sebagainya.

So, untuk 2 orang nak sahaja hampir RM600 sebulan, ini pun kami bukanlah duduk di tengah2 kota, di pinggiran kota. Tapi sebabkan ana tidak bekerja, ana ni masih belajar. Jadi tiada gaji.
Jadinya peruntukan subsidi ini sangatla membantu bagi isteri-isteri yang masih belajar, atau mempunya gaji di bawah RM 1,000 ke bawah or kapita keluarga RM 4,000 terutama yang mempunyai 2 atau 3 orang anak ke atas.

Insyaallah.
Bulan 5 ni nanti ana akan menimang cahaya mata yang ke-3 dalam keluarga kami.
Alhamdulillah.

Okayla. Ana ceritakan sedikit sebanyak tentang subsidi yuran taska ni yer




PENGENALAN

Pemberian Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak TASKA merupakan inisiatif Kerajaan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Program Transformasi Kerajaan 2.0.


OBJEKTIF
  • Untuk meringankan beban ibu bapa yang berpendapatan rendah untuk menampung kos yuran pengasuhan kanak-kanak.
  • Untuk memberi peluang kepada kanak-kanak mendapat asuhan dan didikan awal di TASKA.
  • Meningkatkan guna tenaga wanita dalam pasaran pekerjaan.

KRITERIA PERTIMBANGAN
  • Kanak-kanak berumur di bawah 4 tahun, mendapat asuhan dan didikan di TASKA berdaftar dengan JKM.
  • salah seorang ibu/bapa/penjaga adalah warganegara.
  • pendapatan perkapita ibu bapa/penjaga adalah di bawah RM500 sebulan
  • semua TASKA institusi yang mempunyai akaun semasa dan diusahakan oleh warganegara


Bagi yang berminat untuk memohon,

Sila click link di bawah untuk download file tersebut ya.


Kindly Share The Love »»

Save on Delicious

No comments:

Post a Comment