Bismillah.
Alhamdulillah. Sebenarnya ana berada dalam kemelut, dalam suatu pengkhianatan oleh orang yang menjanjikan suatu harapan tetapi akhirnya kita dikhianati, dianiaya..
sudah hampir setahun ana bersabar, ana menangis, tetapi tangis ana berhenti dan sakit hati ni reda bila ana meluahkan kepada Allah. Bila ana dekatkan diri lebih lagi dengan Allah. Allah tenangkan jiwa ana.
Masyaallah.
Semalam semasa ana di dalam duka, Allah sampaikan kepada ana sesuatu yang amat bernilai melalui kawan twitter ana.
Allah maha besar
(وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ)
“ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan”
(Al Ghafir : 60)
dan juga ana ada jumpa sebelum ini kata-kata dari Imam Ghazali
Untuk mendapat apa yang dicintai, hendaklah bersabarlah dahulu dengan apa yang dibenci
Sesungguhnya Allah itu maha pengasih, penyayang.... Jadi apa yang ana cuba nak katakan..
kalau kita stress, rasa macam tertekan sangat.
Ingat dan sentiasa ingat Allah itu ADA.
Kita sahaja kadang-kadang lupa, yang Allah itu sentiasa akan menolong kita kalau kita minta dan doa kepada-Nya
No comments:
Post a Comment