Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

Monday, 10 February 2014

[Ensiklopedia] Kebaikan Sireh buat Kaum Wanita


Sirih Pinang banyak digunakan di dalam perubatan tradisional. Kebanyakannya digunakan secara luaran. Pakar kajian herba mengatakan sirih mengandungi komponen-komponen aktif semulajadi yang amat berguna untuk kesihatan.

Sirih sangat kaya dengan kandungan zat berkhasiat. Antaranya, minyak atsiri, hidroksikavicol, kavicol, kavibetol, allylpyrokatekol, cyneole, caryophyllene, cadinene, estragol, terpennena, seskuiterpena, fenil propana, tanin, diastase, gula, dan pati.


Sirih banyak digunakan untuk perubatan dan kecantikan wanita. Antara masalah-masalah wanita yang boleh dirawat menggunakan daun sirih adalah:

Gatal Vagina
Tujuh helai daun sirih direbus dengan dua gelas air, campurkan sedikit asam jawa hingga mendidih. Setelah air menjadi suam bolehlah membasuhnya. Lakukan setiap hari hingga sembuh, terutama untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin.
Ari-ari Pedih
Ambil sirih, sebiji buah pala dibenamkan ke dalam abu panas, sebiji pinang yang telah dibelah tiga bahagian serta disapu dengan kapur dan makan pada sebelah pagi, tengahari dan petang. Amalkan selama tiga hari berturut-turut.
Keputihan
Mandi dengan air suam rebusan daun sirih selama tujuh hari untuk membersihkan vagina, rasa gatal dan keputihan akan hilang. Amalan memakan daun sirih setiap hari juga boleh mengelakkan dari masalah keputihan.
Ambil cendana, telur ayam hitam sebiji dan sehelai sirih. Asahkan cendana dengan sirih   dan minumkan dengan kuning telur ayam selama tiga pagi.
Kencing Sakit/ Tidak Lawas
Sekiranya kencing berasa sakit, daun pepesan, sirih bertemu urat, daun pulasari dan bawang merah sebiji dan digiling lumat serta sapukan pada ari-ari dan bahagian pinggang.
Menegangkan Payu Dara 
Untuk menegangkan lagi payudara, layurkan daun sirih yang telah disapukan dengan minyak zaitun di atas api yang sederhana, atau menggunakan lilin. Apabila daun telah terasa suam dan agak layu, lalu tekapkannya ke atas kedua-dua payu dara dan biarkan seketika.   Lakukan dua atau tiga kali seminggu.
Penyakit Kelamin 
Sepah sirih dihasilkan samada secara kunyahan atau ditumbuk lumat dan disapukan pada bahagian yang sakit.
Giling lumat daun sirih, sedikit gula merah dan sedikit garam rebuskan hingga sebati, minum airnya sebanyak tiga kali sehari hingga sembuh.

Bau Badan 
Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air bersih.

Nota Tambahan :
Khasiat ASTRIGEN daun sirih berkeupayaan mengecutkan tisu-tisu organik dan khasiat ANTISEPTIK untuk membunuh kuman. Ini bermakna, jika diminum airnya atau digunakan sebagai pencuci harian bagi wanita khasnya, selain menegangkan otot-otot tisu dalaman vagina, ia juga boleh membunuh bakteria, kuman atau kulat serta mengatasi masalah keputihan. Sirih juga turut digunakan bagi mengatasi masalah penyakit Malaria, sakit sendi, gout dan dipercayai boleh merawat kanser dan penyakit jantung.

Sumber Artikel : http://www.pnm.my/sirihpinang/sp-guna%203.htm

Kindly Share The Love »»

Save on Delicious

No comments:

Post a Comment