Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

Friday 21 February 2014

Cara Simpan Stok Susu Ibu EBM & Tips Mendapat Kualiti Susu Ibu pada Tahap Maksima

Hari ni entry mengenai cara simpan susu ibu serta bagaimana nak dapatkan kualiti susu ibu itu pada tahap maksima. Ana yakin kesedaran ibu-ibu tentang perlunya dan pentingnya memberikan anak-anak kita susu ibu semakin meningkat. Secara jujur, ana juga berazam untuk BF anak ana yang ketiga ini.
Jadi, ana godek-godek, dan harap info ini berguna buat semua ibu yang ingin bf baby anda sendiri; Sekiranya anda ingin membuat penyimpanan susu ibu, saya pasti anda semua tertanya-tanya bagaimana caranya serta bagaimana untuk pastikan susu perahan yang kita simpan itu masih elok, basi atau bagaimana.   
Panduan peti simpan susu ibu EBM, ini merupakan basic guidelines yang telah disediakan. Jadi ada 4 cara simpan:-
1. Room temperature - Boleh disimpan selama 4 jam max
2. Peti sejuk (ruang simpanan biasa) - tahan selama 48 jam max
3. Freezer (atas/bawah depend pada peti sejuk) - boleh tahan sehingga 3 bln
4. Deep freezer (khas untuk sejukbeku sahaja) - tahan selama 6bln

Di bawah ini pula, suhu yang diperlukan bagi menyimpan susu perahan, kalau perasaan ada tolak balik dengan kenyataan artikel di atas. Jadi, sila applykan suhu tersebut bagi memastikan kualiti susu perahan anda terjamin. 


Dan, di bawah ini guideline secara details; berapa lama susu perahan ibu itu masih boleh digunakan untuk anak kesayangan anda. Ana cadangkan u ols boleh sahaja terus printkan jadual ini dan dilekatkan di peti sejuk! haa, takde la tersilap dan asyik refer internet 



Penting

Bagaimana pula dengan umur bayi? Adakah umur bayi mempengaruhi faktor simpanan susu ibu dan apakah semua cara simpanan ini sesuai untuk semua peringkat umur bayi (0 - 2 thn) 


CONCLUSION  Bagi bayi berumur bawah 1 bulan sahaja, sebarang penyimpanan susu ibu tidak digalakkan Jadi, ibu-ibu bagi yang fresh bf anda terus kepada bayi yer, meaning memang bayi akan melekap shjlah untuk menyusu begitu juga pada waktu malam. Diharap ibu-ibu dapat bersabar, sesungguhnya pahala ibu menyusukan bayi itu adalah sangat besar 

Save or dump list juga dapat membantu ibu dalam menyelesaikan masalah persoalan lain yer..

Bagaimana nak simpan susu ibu? 

Susu ibu boleh disimpan di dalam:-
 Bekas botol susu digalakkan jenis BPA free
 Tupperware jenis kaca atau plastik keras
 Breast milk storage bags (jenis plastic khas ye)
 Bekas plastik dadih

TIP DAN CARA PENYIMPANAN
Bagi ibu bekerjaya
  • Simpan susu yg telah diperah di bahagian bawah peti sejuk (jika ada) jika tidak simpan di dalam bekas beg simpan susu dengan ice (harus pastikan susu perahan sentiasa sejuk). Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi  akibat pembekuan (susu ibu yg dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
  • Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais
  • Tidak digalakkan menyimpan terus di sejukbeku kerana dikhuatiri susu ibu akan mencair, ini kerana susu ibu yang sudah mencair tidak boleh disimpan semula di dalam sejukbeku! Perlu dihabiskan dalam masa 24 jam ye.
  • Simpan dahulu di tempat sejuk biasa kerana boleh tahan selama 5 hari, dan sekiranya masih tidak digunakan barulah boleh dinaikkan ke sejukbeku.
  • Bagi susu perahan yang telah dipanaskan, hanya boleh digunakan semula maximum 2 jam, sekiranya tidak digunakan lagi, sila buang demi keselamatan bayi.

Bagi ibu surirumah
Simpan sebanyak yg boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit shj dibhgn beku.
  • Susu yg disimpan dibhgn bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
  • Susu yg disimpan dibhgn beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.

Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.
PERKARA YANG DILARANG
Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
  • Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
 Semoga info ini dapat membantu semua ibu-ibu! Selamat bf and pumping semua! 


p/s: Susu ibu yang masih elok tidak berbau dan rasa manis, susu yang basi atau tidak elok pula berbau dan rasa masam!!

Kindly Share The Love »»

Save on Delicious

No comments:

Post a Comment