Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

Friday 21 February 2014

Cara Uruskan/Nyahbeku Panaskan Susu Ibu EBM

Bagaimana nak uruskan susu-susu ibu yang sejuk atau beku? Ana sendiri sedang memikirkan hal ini. Jadi jom, kita semak cara yang betul cara nak nyahbeku kan susu perahan kita yang kita dah simpan dalam freezer/refrigerator itu yer.


cara rendaman tradisional.. hehe. just rendam botol susu baby ke air suam/suhu bilik

Bagi susu perahan dari simpanan freezer/sejuk beku:-
  1. Mula-mula turunkan susu perahan dari freezer ke tingkat bawah refrigerator.
  2. Sekiranya susu diturunkan bagi tujuan penggunaan keesokan harinya, terutama nak bagi pengasuhkan, amikla beberapa botol susu (ikut keperluan baby), simpan ke ruang refrigerator tu.
  3. Jadi process pencairan akan berlaku secara perlahan di ruang tersebut ya, ok, bila nak keluarkan?? Dicadangkan malam itu anda dah pun turunkan let say, esok pagi tu nak hantar anak ke pengasuh then, dalam kul 7-8 malam tu, dah boleh turunkan susu beku tu ye. 
  4. Lepas susu beku tu cair di ruang refri, nanti boleh sahaja terus panaskan/cairkan secara normal macam simpanan di ruang refrigerator =). Pengasuh pun senang nanti kay.

Bagi susu perahan dari simpanan refrigerator:-

  1. Bagi yang simpan dalam bekas plastic, mula-mula masukkan ke dalam botol dulu yer! Sebabnya bekas plastik macam bekas ice cream/dadih dikhuatiri bila panaskan tu akan mengeluarkan bahan kimia dari bekas plastik pulak. So be extra careful ye ibu-ibu.
  2. Lepas tuang dalam botol, lalukan botol ke pili air buat seketika. Tujuan; neutralkan ke suhu bilik.
  3. Rendamkan botol di dalam bekas air suam/warmer khas susu ibu. Sekiranya anda menggunakan kaedah rendaman air, kalau air tu sejuk, tukar ke rendaman baru ye. ** Awas, sekiranya pakai air rendaman suam/panas, suhu tidak boleh melebihi 40 degree, sebabnya kalau lebih dari 40 degree akan merosakkan nutrisi di dalam susu ibu. (ini termasukla menyediakan susu formula kepada anak-anak jgk).
  4. Jika anda tengok, ada 2 jenis separation berlaku pada susu, dua layer/bahagian, goncang semula untuk seratakan kembali susu anda, kemudian cek suhu.
  5. Sekiranya sudah ok, i mean suhu susu perahan tu dah sesuai untuk diminum. Boleh terus berikan pada baby ye. 
Cara nyahbeku - method 1
Nyahbeku susu ibu dengan warmer khas susu ibu ye! bukan lain-lain warmer **contoh brand warmer


TIPS PENTING:-

  1. Sila gunakan susu perahan yang disimpan paling lama ye, mengikut tarikh yang u ols dah catitkan tu.
  2. Cairkan susu perahan mengikut kuantiti yang diperlukan sahaja. Elakkan dari membazir! Ini kerana, susu ibu yang telah dinyahbeku hanya boleh bertahan selama 4 jam sahaja.
  3. Susu perahan yang tidak habis diminum, disimpan di suhu bilik boleh dijamin kualiti dalam 2-3 jam sahaja. Tidak boleh disimpan semula. Sekiranya sudah tamat tempoh, sila tos/buangkan susu tersebut ye.
  4. Susu yang telah diturunkan, Tidak boleh dinaikkan semula ke freezer bagi tujuan sejukbeku. Maka, susu ini hanya boleh digunakan lagi dalam masa 24 jam (dikira dari masa kita turunkan susu tersebut ya). 

PERKARA YANG DILARANG!!

  1. TIDAK BOLEH panaskan susu direct dari atas dapur api!
  2. TIDAK BOLEH panaskan susu di dalam ketuhar microwave atau oven atau toaster sekalipun!
  3. TIDAK BOLEH didihkan susu perahan!
REASON:
Akibat dari perbuatan dilarang, cewah.. akan mengakibatkan susu kehilangan nutrisi penting dalam susu perahan ibu, dan suhu yang tidak dikawal boleh menyebabkan bayi sakit, jadi kita kene pastikan kualiti terbaik buat susu perahan yang kita berikan kepada bayi. Cuba pk, tak sia-sia ke anda pam, simpan dan sedap-sedap je susu rosak, dan diberikan kepada bayi. Jadi penting ya, untuk kita take note semua ni. 

Ingat, untuk nyahbeku kan susu perahan, suhu yang digunakan bagi air tersebut mestilah max 40 degree!


Kindly Share The Love »»

Save on Delicious

No comments:

Post a Comment