Semalam, tiba-tiba Mr. Hubby ajak gi mandi kat Sg. Panching, actually beberapa hari sebelum tu ada kata kat dia nak bercuti...... Huhu. Padahal duk rumah shj, tapi ya lah siapa tak bosan duduk di rumah. Bukak laptop, wat assignment aje keje.. Penat jugak. Sabtu tu, ada mention dekat hubby, "jom gi picnic", macam biasa hubby diam aje. Dia memang gitu, seorang yang pendiam, sebab tengah kusyuk main games.
Last2, ahad semalam kita semua gi mandi-manda.. hehe. Rumah dekat aje dengan Sg. Panching ni. Ada dalam 20 min kot, tapi seriusly semalam baru kali kedua pergi, and kali pertama ana bermandi dekat sana. Mandi with 7 months pregnant.. Bole je la kot, nnti kalau tegang je perut tu naik la ke atas.
Okay, sedikit tentang Sg. Panching ni.
Nama: Sungai Panching Waterfall @ Sungai Pandan Waterfall
Located: Panching, Kuantan (dekat TUDM area Jaya Gading, jangan risau ada signboard.. heh)
Masa: Di buka tiap-tiap hari (8.00 pagi - 5 ptg, tapi sampai je 6 ptg)
Fees: RM2.00 (orang dewasa + kanak-kanak 7 thn ke atas)
Ana memang suka datang sini, sebab nyaman, tempat pun bersih.. waterfallnya cantik sangat. Masyaallah. Ciptaan Allah. Semangat masuk, siap mendaki lagi. Hubby dukung 2 orang budak tembam tu, mamanya tak larat. Sorry, dah sarat 7 bln mahu tak larat ku daki bukit2 kecil itu. So, dari satu tempat ke satu tempat, last2 bertapak dekat bawah waterfall. Sejuk la ya amat.. Ana memang tak tahan sejuk, masuk je dalam air tu rasa nak kuar balik.. tapi mengenangkan dah lama sangat tak mandi sungai, best la jugak. Tapi yang tak bestnya, ana tak reti berenang.
Both my kids, well sangat suka mandi. Jadi memang best bawak, sebab dua2 suka sangat mandi, tapi tak lepas2 papa dia ajar berenang, takut kata kakak. Ikutkan kakak memang penakut skit, adik berani. Memang berani sangat jalan sorang2 kat dalam air tu, gi tempat dalam. tenggelam, timbul entah bape kali... Nampak daun, amik makan.. Sume bende nak makan, ceb tak makan pasir time main pasir semalam.. he
Adala stay dalam 2 jam kot kat sana, mandi termasuk mendaki.... Okayla tu. Hubby syiok la, dia mmg suka mandi then berenang, macam dapat lepas gian aje. Well happy for him. Papa ada bawak kakak gi mandi bawah waterfall!! Best sangat jeles pun ada. Tapi, nak gi ramai sangat kaum lelaki kat bawah tu. Lupakan aje hasratnya, lagipun dalam. tak pasal2 kene diselamatkan nanti.
Well, sangat best dekat Sg. Panching, hope dapat gi lagi. tapi tak larat dah la lepas ni.. Sakit2 perut dan kaki ni berjalan, sejuk lagi.. Mengandung la katakan. After that, both my kids pengsan akibat kepenatan.. Nanti ana upload gambar mereka berdua.. tido gaya freestyle dalam keadaan sempit. hoho..
Sape2 nak pergi, ana memang cadangkan!! Jom pergi, memang best!
No comments:
Post a Comment