Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

Monday, 10 February 2014

Amalan Menjemput Rezeki - Part One


Ana nak sharekan pada pembaca-pembaca semua mengenai amalan-amalan ringkas yang kita boleh amalkan untuk mendapatkan keberkatan dalam rezeki kita, tidak kira sama ada anda peniaga atau pun tidak. Rezeki Allah itu sentiasa datang dalam pelbagai bentuk, wang ringgit, kesenangan dalam urusan, rezeki anak, pekerjaan.

Ini antara amalan yang anda semua boleh amalkan, simple.. Sebab kita awal-awal lagi nak mencuba, saya yakin ramai yang tidak biasa mengamalkan, walau pun kita tahu betapa pentingnya amalan ni dalam hidup kita seharian.

Amalan murah rezeki:-

Pagi
- Solat subuh awal waktu
- Berpagi-pagi
- Membaca surah Yassin
- Membaca ayat Seribu Dinar (Surah Al-Talaq, ayat 2-3) ** seberapa banyak yang boleh
- Zikir Astagfirullah 300x
- Selawat 300x
- Melazimkan Solat Dhuha
- Membaca doa hindar hutang dan memudahkan kita membayar hutang sekiranya ada. 

Malam
- Membaca Surah Al-Waqiah
- Melazimkan Solat Tahajud

Amalan lain yang boleh diamalkan
- Bersedekah ** cubalah dengan bersedekah RM1 sehari buat permulaan.
- Menunaikan hajat orang lain
- Berbuat kebaikan
- Solat awal waktu




اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ
 وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ
 وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ
وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ لدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari bingung dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau dari lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari pengecut dan kikir. Dan aku berlindung kepada Engkau dari lilitan hutang dan kesewenang-wenangan manusia.”

"Setelah membaca do’a tersebut, Allah berkenan menghilangkan kebingunganku dan membayarkan lunas hutangku.” 
(HR Abu Dawud 4/353) 





Kindly Share The Love »»

Save on Delicious

No comments:

Post a Comment