Salam semua,
Semalam baru sahaja buat pemeriksaan mengandung, cam biasa la tu, ana dah masuk minggu ke 30 genap. So, test Hb dan urin. Tengok2, Hb ana rendah pulak 10.3 shj, alahai, kan dah kene tanda merah Ni yang tak best, sebab nak kene datang lagi appt lagi 2 minggu. So, kene la cari tips atau cara tuk naikkan Hb ana ni dalam masa 2 minggu lagi.
Then, semalam dapat suntikan "kancing gigi", punyala ngada and takut sangat. Mana taknya dah lama tak kene cucuk, seram pulak, tapi last sekali tetap kene cucuk kan? Biasanya suntikan "kancing gigi" ni, bagi anak pertama, akan kene 2x, tapi lepas tu, anak kedua dan seterusnya, hanya 1x shj, selepas baby kita ni aktif bergerak.
Well, tapi part scan yang mendebarkan hati ana, sebabnya nak tentukan status baby, sihat ke tak, size ok tak, dan before that doktor panel ada mention placenta ana rendah atau masih di bawah. Risau jugak la sebabnya bukan kali pertama kene warn oleh doktor ana. Jadi, semalam cek, placenta masih tak naik, and baby agak kecil. Plus, songsang pulak tu. Dugaan betul rasanya. Walaupun masih agak awal, still kene pantau jugak. So, next scan lagi 2 weeks, tuk tgk size, kedudukan baby and placenta. If tak ok, akan refer ke pakar.
Kita citer skit tentang 2 perkara ni:-
Apa itu placenta low/rendah?
Placenta low atau placenta previa ialah apabila keadaan posisi placenta semasa mengandung. Supposely, posisi placenta berada di atas supaya ia tidak menghalang bayi apabila bersalin nanti. Rujuk gambar ye. Ikutkan posisi ini akan naik, dari bawah ke atas, tetapi ada kes di mana placenta tidak naik, atau naik sedikit. Terdapat 4 jenis posisi placenta:
Yang kita takuti ialah complete placenta, di mana ia akan terus block laluan ke vaginal kita.
Sebab kenapa berlakunya low placenta agak kurang jelas, tetapi ada beberapa faktor yang dapat dikenalpasti iaitu:
- Advanced maternal age
- Multiparity – having had more than one baby
- Prior cesarean section
- Uterine curettage – after miscarriage or termination
- Maternal cigarette smoking
Dan sekiranya, masih lagi placenta rendah pada minggu ke 32-34, maka tindakan susulan harus diambil kita. Dan simptom berikut, harus segera di ambil tindakan sekiranya berlaku:
- Deteriorating condition of the mother
- Persistent heavy bleeding
- Gestational age > 36 weeks
- Estimated fetal weight > 2500 gm
- Fetal distress in a viable fetus
- Contractions that do not respond to medication
Normally, kaedah ceaser akan diambil oleh pihak doctor, dan tidak akan ditunggu sehingga 40 minggu. Ceasar akan dibuat dalam masa 36-37 minggu.
Kedudukan Bayi Songsang/Breech
Apakah sebabnya mereka songsang?
* sumber Kelinik Wanita
- · Tidaklah kami tahu apa sebabnya. Kenapa ‘bearing’ mereka salah.
- · Pra-matang. Ini yang paling biasa kami temui. Sebab itu anda tidak panic. Bayi anda tahu bila nak pusing balik.
- · Dahulu pun breech juga.
- · Rahim mepunyai kecacatan seperti fibroid dan ‘septum’/dinding yang menghalang bayi mahu U-Turn.
- · Plasenta praevia yang menutupi pintu rahim. Kepala bayi tidak boleh engaged maka mereka bolih berpusing.
- · Bayi cacat
- · Hamil kembar,triplet dll.
Tetapi tidak perlu risau sekiranya anak masih keadaan songsang, pada minggu ke 30, kerana kedudukan bayi akan berubah-rubah nanti. Dan mengikut kajian, pada 38 minggu, hanya 3% sahaja yang berkemungkinan untuk mendapat bayi songsang!
So, harap-harap artikel ni dapat jugak meringankan rasa risau buat ibu-ibu mengandung di luar sana!
Dan bagi ana, ana berdoa yang terbaik agar kedudukan placenta + songsang itu akan dapat solve dalam 1 bulan lagi. Amiin
Kindly Share The Love »»
|
|
Tweet | Save on Delicious |
No comments:
Post a Comment