Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

Monday, 10 March 2014

Make Up dan Wanita menurut Pandangan Islam serta Hukum


Salam sayang semua, hari ini ana ingin menyentuh bab make up atau berhias. Sesungguhnya kecantikan dan wanita adalah sifat semulajadi. Allah telah menganugerahkan wanita dengan kecantikan yang tidak ada tolok bandingannya. Mahupun ada yang dilahirkan secara cantik semulajadi, ada yang tidak. Itu semua ketentuan Allah s.w.t. Di zaman yang modern, canggih kini, berhias atau make up sudah menjadi lumrah dunia, jikalau kita berada dalam arus permodelan atau di kaca tv, wajib bermake up supaya dapat kesan effect yang cantik pada wajah kita.

Malahan ramai wanita di luar sana, yang senantiasa mahukan kecantikan mereka itu sentiasa unggul dan dipandang oleh orang ramai. Benar, tiada siapa yang tidak mahukan kecantikan, paling tidak akan terselit rasa ingin cantik, kerana cantik merupakan perkara yang membuatkan orang senang, orang sayang. Jadi, salahkah seorang wanita itu mendambakan kecantikan? 

Jadi, di sinilah datangnya tugas alatan make up yang berlambakkan di luar sana. Terdapat pelbagai jenama, tetapi sadly mostly of the branding adalah produk luar negara. Contohnya, Maybeline, antara jenama make up yang senantiasa menghiasi ruangan iklan di TV. Apa pula pandangan Islam terhadap wanita bermake up? Adakah salah sekiranya kita bermake up? Dan jika tidak, bagaimana cara sebenar seorang wanita muslim itu berhias? Di dalam entry ini, kita akan cuba kupas sedikit sebanyak dapat membantu para wanita muslimah di luar sana, serta pengingatan buat ana sendiri. Insyaallah. 

Di dalam Al-Quran, terdapat 47 indeks berkaitan dengan wanita. Tetapi kita akan hanya sentuh yang berkaitan dengan tajuk kita sahaja iaitu make up atau pun berhias. 

Di bawah bab perhiasan seorang wanita, disebut dalam Surah An-Nur; ayat 31.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Di dalam surah An Nur disebut, "janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka" dan ini termasuklah kecantikan wanita itu sendiri. Di dalam Islam, solekan atau memperlihatkan perhiasan berlebihan itu digelar Tabarruj. 

Tabarruj Menurut bahasa adalah wanita yang memamerkan keindahan dan perhiasannya kepada laki - laki (Ibnu Manzhur di Lisanul Arab). Tabarrajatil mar’ah artinya wanita yang menampakkan kecantikannya, lehernya, dan wajahnya. Ada yang mengatakan, maksudnya adalah wanita yang menampakkan perhiasannya, wajahnya, kecantikannya kepada laki-laki dengan maksud untuk membangkitkan nafsu syahwatnya.

Dan Rasulullah saw sendiri pernah bersabda, "“Aku telah melihat di dalam neraka, aku melihat kebanyakan penghuninya wanita. Sebabnya mereka sedikit yang patuh pada Islam dan Rasulnya, kurang taat kepada suaminya dan kuat bersolek.” Nabi Sallalahu Alaihi wa Sallam juga bersabda : Dua golongan dikalangan ahli neraka yang tidak akan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang bergoyang-goyang. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu bisa dicium dari jarak demikian dan demikan. [HR Muslim].

Rasulullah Sallalahu Alaihi wa Sallam bersabda lagi: “Siapapun wanita yang memakai wewangian kemudian melewati suatu kaum agar mereka mencium baunya, berarti ia telah berzina.” [HR. Imam al-Nasaaiy].


Masyaallah, begitu beratnya sebenarnya hukum bersolek ini wahai kaum wanita yang ana kasihi. Bukan wanita tidak boleh bersolek langsung, tetapi bersolekla secara sederhana, tidak berlebih-lebihan sehingga menaikkan rasa nafsu bagi kaum lelaki yang memandang. Apabila kita berniat bersolek untuk cantik, maka untuk siapakah kecantikan kita itu? Bagi wanita yang sudah berkahwin, solekan itu buat si suami, mungkin dengan solekan nipis pada wajah, dapat membuatkan pandangan orang lain terhadap suami itu lebih baik. Tanggapan manusia atau apa di pikiran mereka kita tidak tahu. Bila kita tidak pandai menjaga penampilan diri, atau kecantikan wajah, nanti di kata tidak sayang suami atau berbagai lagi la. Jadi, cukuplah jika seorang wanita itu berhias secara sederhana demi menjaga nama suami, anak-anak. 

Untuk lebih penjelasan, boleh tengok vid Ustaz Azhar Idrus ni =)

Semoga kita artikel ini dapat membantu anda semua, baik si wanita mahupun kaum lelaki, kerana apabila lelaki itu sudah beristeri dan isteri kamu melakukan tabarruj dan kamu merelakannya maka "dayus" ke atas kamu dan dipikul pula dosa si isteri. 

Wallahualam.



Kindly Share The Love »»

Save on Delicious

No comments:

Post a Comment