Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

Tuesday, 18 March 2014

Kepentingan Supplement dan Faktor Memerlukan Supplement bagi Tubuh anda


Kebanyakan orang tidak mengamalkan makanan seimbang, berzat dan dalam jumlah yang mencukupi untuk keperluan tubuh badan. Badan menjadi lemah lesu, kurang ber tenaga dan mudah letih dan penyakit menjadi masalah kepada kesihatan jika kekurangan zat dan vitamin berterusan.

Oleh itu mengamalkan supplement dan vitamin mencukupkan keperluan zat harian selain dari makanan yang di makan setiap hari sebagai pencegahan kepada penyakit , letih lesu dan masalah kesihatan apabila usia meningkat tua.

Sesetengah orang pula perlu zat tertentu untuk keperluan harian. Mereka termasuk yang mengandung, yang kerap makan ubat tahan sakit (sakit urat atau sendi), perokok, mereka yang aktif secara fizikal dan yang berumur lanjut.

Berikut adalah cadangan tambahan zat , supplement dan vitamin yang dicadangkan diambil bersama dengan makanan harian.
  1. Ambil sekurang-kurang 2 vitamin anti oksidan.
    Anti oksidan menolong meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel tubuh , penyebab kepada penyakit kronik. Vitamin C (250-500mg) dan vitamin E (200-400 iu) sehari boleh membantu mengawal radikal bebas. Selain dari kesan keatas radikal bebas, vitamin C dan E juga membantu dalam melindungi dari penyakit jantung, kanser tertentu dan katarak.
    Memakan buah dan sayuran setiap hari boleh membekalkan vitamin C secukupnya tetapi vitamin E sukar di perolehi dari makanan harian dengan cukup.
  2. Tambah kalsium setiap hari.
    Kurang pengambilan hasil tenusu mengurangkan bekalan kalsium untuk keperluan harian. Supplement kalsium setiap hari memastikan tulang tidak mudah rapuh dan patah apabila umur semakin meningkat terutamannya untuk perempuan.
    Pengambilan untuk perempuan lebih baik dimulakan sebelum putus haid untuk memastikan bekalan kalsium cukup.
  3. Perempuan dalam umur boleh mengandung mengambil Folate.
    Folate 400 ug mengurangkan risiko spina bifida dan kecacatan lain bagi bayi dalam kandungan. Ia juga melindungi kepada kanser pangkal rahim dan kanser colorectal dan paru-paru. Folate boleh melindungi dari penyakit jantung.
  4. Umur tua dan yang kurang makanan seimbang.
    Kebanyakan orang tua dan mereka yang kurang memberi tumpuan kepada makanan seimbang amat digalakkan mengambil vitamin dan supplement. Masalah resapan nutrient didalam usus tidaklah sebaik orang muda dan kecekapan badan untuk memproses nutrient juga kurang.
    Kekurangan zat yang ketara pada yang berumur adalah vitamin C , D , B6 , B12 dan folate. Kekurangan ini termasuk juga pada mineral seperti Zink , Magnesium dan Kalsium boleh menjadi masalah kesihatan jika kurang didalam badan orang tua yang sememangnya kurang kandungan makanan nya.
  5. Lain- lain kumpulan yang perlu mengambil tambahan zat dan vitamin.
    Perempuan yang masih datang darah kotor (perlu zat besi tambahan) , yang hanya makan sayuran (vegetarian perlu tambahan vitamin B12 ) , yang sengaja kurang makan (mengamalkan diet) atau makanan kurang seimbang digalakkan mengambil tambahan supplement , vitamin dan mineral.
Elakkan mengambil vitamin dalam dos yang terlalu tinggi kerana sesetengahnya ( terutama vitamin A dan D ) adalah tosik jika diambil berlebihan.

Kesihatan yang baik bergantung kepada kualiti pemakanan yang baik. Badan kita terdiri daripada berjuta-juta sel yang memerlukan vitamin, mineral dan zat galian yang mencukupi bagi menjamin tahap kesihatan yang optima.
Pelbagai jenis penyakit di zaman moden ini adalah berpunca daripada tabiat pemakanan yang tidak seimbang dan gaya hidup yang kurang sihat. Nabi s.a.w pernah bersabda yng bermaksud :
“Perut itu rumah penyakit. Diet (pemakanan) itu ubat utama”. (Riwayat Sahih Muslim)
Kita memerlukan 40 jenis zat untuk mengekalkan kesihatan yang sepatutnya didapati melalui makanan harian kita. Namun amat sukar bagi kita untuk mendapatkannnya disebabkan beberapa faktor. Jom kita lihat faktor-faktor tersebut:
  1. Pencemaran alam sekitar dan bahan-bahan penyebab kanser.
Pencemaran alam seperti pencemaran air misalnya menyebabkan kita tidak dapat menikmati sumber air yang benar-benar bersih padahal kita tahu air amat penting dalam kehidupan. Badan manusia sahaja terdiri daripada 70% air. Jadi bagaimana kita ingin menghasilkan badan yang sihat sekiranya air yang kita minum setiap hari tercemar dengan bahan-bahan pencemaran?. Bahan kimia seperti karsinogen pula merupakan sejenis bahan kimia bertoksik yang sangat merbahaya dan boleh menyebabkan kanser. Biasanya ia terdapat pada asap kenderaan, asap rokok dan bahan-bahan buangan sampah sarap. Oleh itu pengambilan suplemen seperti Vitamin  A, Vitamin C dan Vitamin E amat penting untuk melindungi tubuh kita daripada radikal bebas dan bahan-bahan penyebab kanser.
2. Badan kita memerlukan sesetengah nutrien dengan dos yang lebih. 
Apabila tubuh badan kita tidak sihat, kita memerlukan lebih nutrient yang boleh membekalkan antioksidan dan meningkatkan sistem imun seperti Vitamin A, C dan E. Sekiranya kita mengalami kecederaan, pengambilan nutrien yang mengandungi protein amat penting bagi membantu proses baik pulih sel yang rosak dan proses penghasilan sel-sel baru. Untuk ibu-ibu hamil dan menyusukan anak pula, mereka sangat memerlukan jumlah nutrien yang lebih tinggi dosnya untuk menampung keperluan bayi dalam kandungan dan menghasilkan susu yang berkualiti untuk bayi mereka. 

  3. Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin tercemar atau terjejas kualitinya
Kita lazimnya memilih sayuran atau buah-buahan yang tampak segar tanpa cela apabila membeli di pasaraya. Namun tahukah anda kebiasaannya sayuran dan buah-buahan yang nampak lazat dan segar itu boleh mengundang bahaya? Kebanyakkan sayuran dan buah-buahan di pasaran kini diselaputi dengan racun serangga yang merbahaya dan bahan pengawet untuk membolehkan ia tahan lama. Apatah lagi sekarang ini penggunaan baja kimia amat meluas di ladang buah-buahan atau sayur-sayuran. Oleh itu, kita sebagai pengguna harus bijak memilih. Pilihlah sayuran atau buah-buahan yang ditanam secara organik kerana penanaman secara organik lebih selamat dan terjamin kualitinya.
4. Mengamalkan gaya hidup yang kurang sihat.
Gaya hidup yang kurang sihat seperti merokok, kurang bersenam, makan lewat malam dan sebagainya mengundang pelbagai masalah kesihatan. Begitu juga dengan mereka yang bekerja. Pulang lewat malam dan kurang rehat menyebabkan mereka merasa letih dan tidak bermaya. Tekanan di tmpat kerja pula menyebabkan stress dan stress membawa kepada kemusnahan nutrien penting iaitu Vitamin C dan Vitamin B. Oleh itu, mereka yang mengalami stress disarankan mengambil suplemen Vitamin C dan Vitamin B kerana kedua-dua vitamin ini berupaya mengawal stress yang dialami oleh seseorang.  Bagi mereka yang gemar makan lewat malam seharusnya menghentikan tabiat buruk mereka ini kerana ia akan menyebabkan pengumpulan lemak yang berlebihan dan menyebabkan peningkatan kolesterol. Apabila kolesterol meningkat, timbullah penyakit-penyakit seperti tekanan darah tinggi, strok dan serangan jantung.
  5. Kebanyakkan rakyat Malaysia makan mengikut selera rasa.
Jika kita lihat tabiat pemakanan rakyat Malaysia memang agak mengejutkan. Mereka makan mengikut selera rasa. Misalnya nasi lemak yang dulunya hanya dinikmati pada waktu pagi kini boleh dinikmati pada bila-bila masa terutama waktu malam. Pelbagai gaya nasi lemak yang kita boleh nikmati 24 jam di kedai-kedai mamak dan kedai-kedai makanan segera lain. Restoran Fast Food pula kini tumbuh bak cendawan selepas hujan menyebabkan rakyat Malaysia menjadikannya sebagai pilihan untuk menikmati makanan yang cepat dan lazat. Tetapi di sebalik kelazatannya mereka tidak sedar pengambilan makanan yang berlemak, manis dan makanan segera boleh merosakkan sistem tubuh secara senyap. Tanpa disedari mereka menghidap penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang.
6. Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan.
Adakah anda penggemar makanan atau minuman berkafein? Tahukah anda kafein boleh menghalang penyerapan sesetengah nutrisi ke dalam tubuh?. Contohnya Vitamin D, magnesium dan kalsium tidak akan dapat diserap dengan baik sekiranya di ambil bersama minuman berkafein seperti kopi dan teh. Oleh itu sekiranya anda ingin mengambil suplemen, pastikan anda bukan dari golongan penggemar kopi dan teh.
7. Kehilangan nutrien dalam makanan.
Menyediakan makanan kegemaran untuk keluarga tersayang adalah  perkara yang sangat menyeronokkan. Tetapi adakah anda pasti anda berjaya mengekalkan nutrisi yang terdapat di dalam makanan tersebut?. Bahan- bahan makanan dari ladang akan kehilangan nutrisi melalui proses pengasingan, pembungkusan dan penghantaran. Penyimpanan makanan di dalam peti sejuk pula mengakibatkan makanan kehilangan nutrisi lagi akibat suhu yang terlalu sejuk. Kemudian, cara memasak yang terlalu lama dan menggoreng menggunakan minyak berlebihan menyebabkan makanan hilang nutrisi lagi. Jadi apa nutrien yang kita boleh dapati daripada makanan tersebut? Tiada nutrisi pun yang tinggal. Semua nutrisi hilang begitu sahaja semasa proses penyediaan. Oleh itu, untuk mengekalkan nutrisi dalam makanan, janganlah dimasak terlalu lama. Cara memasak juga hendaklah di rebus atau di panggang sahaja.
Inilah 7 faktor mengapa anda perlu mengambil suplemen dalam diet pemakanan anda. Suplemen yang anda ambil pula haruslah suplemen semulajadi dan bebas bahan kimia. Bagaimana ingin mendapatkan suplemen semulajadi?.

Kindly Share The Love »»

Save on Delicious

No comments:

Post a Comment