kata Profesor Isaac Pessah, Sejenis bahan kimia yang biasanya digunakan dalam gincu bibir, pencuci muka dan ubat gigi boleh menyebabkan masalah jantung dan otot. Mereka mendapati bahawa Triclosan, yang terkandung dalam ratusan produk isi rumah dapat menghalang proses di mana otot termasuk jantung, dan menerima isyarat dari otak. Dalam ujian ke atas tikus, mereka mengakui satu pengurangan dramatik 25 peratus fungsi jantung dalam tempoh 20 minit pendedahan dan memberi amaran ia mungkin menjejaskan kesihatan manusia.
Kebanyakan wanita pastinya menggunakan alat kosmetik apabila keluar dari rumah, dan dalam mengaplikasi solekan tersebut, anda pastinya menggunakan bedak, alat-alat kosmetik seperti berus, pembayang mata dan lain-lain. Tapi sedarkah anda bahan-bahan di dalam alat solekan anda boleh memberi kesan terhadap kulit wajah? Malah ada alat solekan yang menggunakan bahan-bahan tiruan. Oleh itu lihatlah bahan-bahan ini ketika anda membeli alat solekan yang boleh menyebabkan masalah jerawat.
Warna tiruan: Sekiranya terdapat perkataan “FD&C”, ini bermakna produk ini mempunyai bahan tiruan. Bahan ini boleh menyebabkan iritasi kulit, dan sekiranya ia terdapat dalam pemerah pipi atau lipstik, ianya boleh menyebabkan jerawat di pipi atau sekeliling mulut.
Lanolin: Ini adalah sejenis sebum atau minyak kambing biri-biri. Walaupun ianya bagus untuk kulit kering, tetapi ianya boleh memberi kesan buruk untuk kulit sensitif.
Minyak mineral: Bahan ini akan membentuk satu lapisan di permukaan kulit, di mana ianya akan memerangkap kulit mati dan bakteria (penyebab utama jerawat) dan juga menyebabkan milia, iaitu sejenis bintik-bintik putih di kulit anda (terutamanya di hidung).
Petroleum: Ini adalah sejenis bahan yang membuatkan kulit anda lebih berminyak dan semestinya anda tidak perlukan bahan ini di muka anda.
Isopropyl Myristate: Bahan ini boleh membuatkan kulit anda kurang berminyak, tetapi ianya akan menyumbat liang-liang roma dan menyebabkan iritasi kulit.
Semoga artikel ini dapat membantu wanita di luar sana dalam memilik produk yang terbaik buat kulit wajah kita, sayangi wajah kita, jangankan kerana terlalu asyik ingin bermake up kita sebagai wanita lupa penjagaan sebenar bagi kulit wajah. Seeloknya, pilihlah cosmetik yang HALAL, supaya mudah dicuci dan tiada was-was ketika ingin menunaikan Fardhu SOLAT kita.
Semoga artikel ini dapat membantu wanita di luar sana dalam memilik produk yang terbaik buat kulit wajah kita, sayangi wajah kita, jangankan kerana terlalu asyik ingin bermake up kita sebagai wanita lupa penjagaan sebenar bagi kulit wajah. Seeloknya, pilihlah cosmetik yang HALAL, supaya mudah dicuci dan tiada was-was ketika ingin menunaikan Fardhu SOLAT kita.
Sumber: http://jelitawan.com/kecantikan-diri/kesan-solekan-pada-kulit-wajah-anda/#more-482
Kindly Share The Love »»
|
|
Tweet | Save on Delicious |
No comments:
Post a Comment