Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

Friday 14 March 2014

Kenali Jenis Kulit Wajah Anda



Salam semua, berapa ramai antara kita yang sebenar-benarnya tahu jenis kulit wajah kita? Rasanya tidak ramai yang tahu, atau salah tafsir jenis kulit sendiri. Maka, mari kita kenali jenis yang bagaimana sebenarnya kulit wajah kita, kerana faktor ini sangat penting, terutama dalam merawat kulit wajah kita. Tujuannya ialah supaya kita tidak tersilap memilih produk yang bersesuaian dengan wajah kita ye. Mari kita mulakan. 

Berikut merupakan jenis-jenis kulit yang perlu diketahui :
1-Kulit Normal
2-Kulit Kering
3-Kulit Berminyak
4-Kulit Kombinasi
5-Kulit Sensitif


Sebelum kita mengenali lebih lanjut mengenai jenis kulit ini, mari kita kenali jenis kulit sihat dahulu. Barulah kita tahu ke mana hala tuju perawatan kulit yang sedang kita lakukan ke atas muka kita sendiri =)


KULIT SIHAT



Kulit sihat mempunyai ciri-ciri umum seperti berikut:-
  • Kulit kelihatan basah atau berembun, ini menandakan kulit itu mempunyai kelembapan yang cukup. Kalau mengikut bacaan, kulit lembap mempunyai bacaan 30 ke atas (alatan mengukur kelembapan kulit)
  • Kulit terasa kenyal dan tidak kering
  • Kulit bebas dari sebarang masalah kulit, contohnya kulit kering, jerawat, jeragat
  • Kulit kelihatan bercahaya dan segar
  • Memiliki sedikit kedutan sesuai usia.


KULIT NORMAL


Kulit jenis biasa ( normal ) adalah kurniaan tuhan iaitu kulit kelihatan halus dan bersih - seperti kulit bayi.

* Sebum atau minyak semula jadi pada muka adalah seimbang; tidak terlalu berminyak, tidak terlalu kering, tampak segar
* Tekstur kulit kelihatan lembut, anjal bercahaya dan mulus
* Liang roma kecil
* Kulit jarang mendapat jerawat atau jerawat ada pada waktu-waktu tertentu seperti pada waktu period atau stress.

Namun begitu, sekiranya tidak dijaga kulit normal tetap akan menghadapi masalah, seperti kekotoran pada kulit yang mengakibatkan kulit menjadi tidak sihat, terjadinya sel-sel mati serta wajah kelihatan kusam dan adakalanya mampu menumbuhkan jerawat.


KULIT KOMBINASI






Kulit jenis ini adalah licin, lembut dan lembab apabila disentuh. Kadang kala kulit jenis ini lebih kepada kering atau berminyak. Keadaan pori pori adalah sekata dan halus. Warna kulit nampak sihat dan berseri. Penjagaan kulit sebegini harus diamalkan supaya selalu kelihatan bersih dan gebu. Kadang kala kulit sebegini akan bertukar, bergantung pada penjagaan, jenis produk yang digunakan , keadaan persekitaran dan hormon.

* Gabungan ketiga-tiga jenis kulit di atas iaitu kulit biasa, kering dan berminyak
* Secara amnya, bahagian dahi dan hidung (zon-T) berminyak dan kering di bahagian pipi dan dagu
* Liang roma di zon-T kebiasaannya besar dan memudahkan jangkitan jerawat.


Masalah masalah biasa yang mungkin dihadapi :
  • Kelenjar minyak yang tidak sekata
  • Muka kering
  • Jeragat (pigmentasi)
  • Whitehead ( Milia Seed )


KULIT KERING



Kulit jenis ini biasanya kurang berminyak / lembab atau kedua duanya sekali. Keadaan ini disebabkan oleh kelenjar minyak yang kurang aktif atau terdedah pada penghawa dingin ( air–conditoner ), pembersih muka yang beralkali tinggi ( sabun mandi yang buih berlebihan ), kurang minum air dan ubat - ubatan ( medications – Roaccutane ).


Antara ciri-ciri umum kulit kering:-
  • Kulit halus namun mudah kelihatan kasar akibat penggelupasan.
  • Kulit bertekstur nipis dan sering terlihat pucat kerana kepekaan dari pembuluh darah tidak sampai atau tidak sempurna di area muka.
  • Kulit terasa tegang dan kaku seperti tertarik, meskipun setelah mencuci muka.
  • Daerah T zone yang umumnya berminyak, namun adakalanya tiada pada kulit kering.
  • Cenderung kepada wajah kelihatan lebih tua dari usia akibat kedutan.

Masalah masalah yang biasa dihadapi adalah:-
  • Kedut / garis garis halus
  • Bintik bintik hitam (freckles)
  • Whitehead ( Milia Seed )
  • Hitam di sekeliling mata
  • Jeragat (pigmentasi)
  • Keseluruhan muka kering dan kusam

Faktor terjadinya Kulit Kering:-
  • Faktor Internal
    • Faktor genetik - boleh terjadi akibat keturunan @ genetik
    • Kondisi faktor kulit - akibat daripada kekurangan kelenjar Sebasea, kelenjar ini berfungsi untuk  memproduksikan sebum minyak ke kulit bagi membekalkan kelembapan kulit, namun bagi kulit kering, kelihatannya kelenjar ini tidak mampu menghasilkan minyak yang secukupnya mengakibatkan kekeringan pada kulit wajah.
  • Faktor External
    • Pola pemakanan - pola pemakanan yang tidak sihat boleh mengakibatkan masalah kulit kering contohnya kekurangan makanan yang mengandungi Vitamin A dan Vitamin B yang biasanya terdapat dalam sayuran dan buah-buahan
    • Faktor lingkungan - bermaksud persekitaran, contohnya terlalu lama di bawah sinaran matahari, penghawa dingin atau terkena sabun berlebihan apabila mandi.
Pemilik kulit kering haruslah rajin menggunakan krim pelembap bagi memastikan kelembapan kulit wajah terjaga, kerana kekurangan jagaan lembapan biasanya mengakibatkan kulit menjadi kasar dan menggelupas.

p/s : cuba tekan pipi anda dengan jari telunjuk... dan halakan ke arah hidung secara perlahan dan lembut... .. jika terdapat garis-garis menunjukkan kulit anda adalah kering dan perlu diberi perhatian.." kulit kering adalah salah satu penyebab jeragat!!!



KULIT BERMINYAK





Kulit jenis ini biasanya kelihatan tebal dengan pori pori terbuka. Ia kemungkinan bermasalah (jerawat - akibat penyumbatan pada pori pori) kerana kelenjar minyak terlalu aktif menghasilkan minyak yang berlebihan pada permukaan kulit. Disamping itu, faktor hormon (remaja), cuaca yang panas dan makanan yang berlemak tinggi juga boleh menyebabkan kulit berminyak. Kebaikan kulit sebegini adalah ia melambatkan proses penuaan. Jerawat terjadi apabila pori pori yangmengeluarkan minyak berlebihan akan merangsang pembiakan bakteria. Inilah yang menyebabkan jerawat (acne) timbul. Oleh itu, pembersihanyang sempurna amat digalakan. Hormon yang tidak seimbang ketika berlakunya pengaliran haid menyebabkan pertumbuhan jerawat padabahagian mulut, dagu dan dahi – ini hanya sementara waktu.

Ciri-ciri umum kulit berminyak:-
  • Kelenjar minyak sangat aktif, terlalu banyak penghasilan sebum
  • Muka kelihatan berkilat dan melekit
  • Liang roma besar, jelas kelihatan
  • Mudah dijangkiti jerawat kerana liang roma mudah tersumbat dan menyebabkan radang.

Masalah masalah yang biasa di hadapi adalah seperti berikut:-
  • Blackhead
  • Jerawat
  • Pori pori terbuka
  • Parut
  • Keseluruhan muka berminyak

Faktor penyebab kulit berminyak:-
  • Faktor Internal
    • Faktor keturunan
    • Faktor hormonal - hormon yang tidak stabil mempengaruhi produksi minyak di kulit.
  • Faktor External
    • Terdedah kepada udara yang terlalu panas atau lembap
    • Penggunaan sabun wajah atau pembersih wajah yang terlalu keras dapat membuatkan produksi minyak berlebihan.
    • Terlalu kerap mencuci muka, merangsang kelenjar Sebasea menghasilkan lebih banyak sebum minyak.
    • Penggunaan kosmetik yang salah
    • Terlalu banyak mengambil makanan berminyak
Perawatan khusus diperlukan kerana kulit berminyak mempunyai bakteria yang menyebabkan active dan berkembangnya jerawat pada wajah. Radang serta radiasi. 


Kulit Sensitif




Jenis kulit ini sangat peka terhadap rangsangan factok luar. Misalnya perubahan cuaca,ia boleh mengakibatkan kulitnya pecah-pecah, memerah dan pedih. Kesalahan penggunaan kosmetik akan mempengaruhi kulit tersebut. Perhatikan betul-betul kegiatan harian kita , terutama apa yang kita makan, jenis produk ,skin care yang kita guna dan keadaan persekitaran,tempat kita selalu lepak,kerja dalam aircond, panas terik atau banyak lagi faktor persekitaran. 


Ciri-ciri umum kulit sensitif:-
  • mudah alergi
  • cepat bereaksi terhadap suhu
  • mudah iritasi dan terluka
  • kulit bertekstur nipis
  • kulit sangat mudah kemerahan kerana pembuluh darah saluran kapilari dan hujung saraf berada dekat dengan kulit

Anda boleh lihat bila keadaan sensitif itu terjadi?
  • Guna produk muka jenama baru
  • Makan sesuatu jenis makanan: antaranya ialah makanan yang pedas, kafein, nikotin, minuman beralkohol, niasin atau vit B
  • Terdedah dengan perfume, pewarna rambut,atau apa2 bahan kimia
  • Masa mandi dan minum air berklorin
  • Terkena sabun cuci baju
  • Berada di tempat atau bangunan tertentu
  • Sedang stress

Simptom semasa kulit sensitif:-
  • Kulit menjadi merah
  • Kulit menjadi pedih
  • Kulit mengelupas
  • Kulit rasa terbakar
  • Tompok-tompok hitam
  • Naik ruam /jerawat
  • Semua diatas.

Bagaimana? Di harap entri ini benar-benar dapat membantu para wanita mahupun lelaki dalam mengenali kulit wajah anda. Jangan sembarangan membeli atau mencuba apa-apa produk tanpa mengenali jenis kulit wajah. Akibatnya, kesan yang sepatutnya anda idamkan menjadi mimpi buruk! Jangan disalahkan pula kepada produk kerana anda yang tidak tahu mengenal kulit wajah ya. AWAS! Terutama kepada kulit kering, kulit berminyak dan kulit sensitif!





Kindly Share The Love »»

Save on Delicious

No comments:

Post a Comment