Maka, dengan tenang, Thawus menjawab,Untuk kali kedua, emosi Hisyam menjadi panas dan berkata, "Engkau melepaskan kedua-dua alas kakimu di atas karpet, juga tidak mengucapkan salam tanpa menyebut nama Amirul Mukminin dan memanggil diriku dengan namaku yang asli, serta engkau duduk sebelum aku persilakan"
Berkenaan kenapa aku melepaskan alas kakiku di atas karpetmu kerana aku telah melepaskan kedua alas kakiku tersebut di hadapan Allah lima kali sehari. Meskipun begitu, Dia tidak pernah memarahiku dan mengumpatku. Pertanyaanmu kenapa aku tidak menyebutmu dengan Amirul Mukminin? Kerana seluruh Umat Islam tidak pernah menerima dengan ikhlas engkau menjadi Amirul Mukminin. Jadi, aku khuatir jika aku memanggilmu dengan Amirul Mukminin, bererti aku telah berbohong. Dan kenapa aku memanggilmu dengan nama aslimu kerana Allah sendiri memanggil para nabi dengan nama mereka yang asli, "Ya Daud, ya Yahya dan ya Isa. Panggilan untuk musuh adalah seperti dalam ayat berikut mengikut firmannya:
Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa. (al-Lahab:1)
Seterusnya kenapa aku duduk sebelum kamu mempersilakan ku? Kerana aku pernah mendengar, Ali bin Abi Talib berkata " Jika engkau hendak mengetahui seorang penduduk neraka, maka lihatlah orang yang sedang duduk, sementara orang-orang di sekelilingnya berdiri! Jadi, aku tidak ingin engkau menjadi penghuni neraka."
Mendengar itu, maka malulah Hisyam bin Abdul Malik, lalu berkata "Berilah nasihat kepadaku, Abu Abdurrahman"
Thawus berkata," Aku mendengar Ali bin Abi Talib r.a berkata, "Di neraka Jahanam, ada banyak unta yang tinggi-tinggi dan kala jengking sebesar anak kuda. Masing-masing akan menggigit seorang pemimpin yang tidak berlaku adil kepada rakyatnya."
Selepas berkata demikian, Thawus lalu bangun dan pergi.
*Sumber: Kisah Ajaib dalam hadis Rasulullah s.a.w terbitan Synergy Media
*Ali bin Abi Thalib merupakan Amirul Mukminin di zaman para sahabat.
Kindly Share The Love »»
|
|
Tweet | Save on Delicious |
No comments:
Post a Comment