Tahukah anda, anda mampu memiliki kulit wajah yang cantik tanpa calitan make up tebal? Di sini saya ingin share beberapa produk pilihan saya sendiri, dari skincare, bedak serta supplement kecantikan.
Skincare Cosmetic
Pilihan: Dnars Skincare Cosmetic
Review: Merupakan produk buatan Malaysia, diyakini Halal serta tiada bahan kimia yang merbahaya. Walaupun cuma -/+ 6g bagi krim siang & malam, tetapi produk ternyata mampu bertahan selama 2 bulan (bergantung kepada pemakai). Setelah 6 bln memakai dnars skincare, ternyata memberi kesan yang amat positif malah kulit saya yang kering & menggelupas even tanpa pakai sebarang produk semakin baik dan tiada lagi kes2 kulit menggelupas dan sentiasa rasa lembut and moist. Krim siang tidak melekit, dan dijadikan foundation. Meaning, lepas pakai krim siang kulit nampak glowing seolah2 kita dah siap pakai foundation or make up, sebenarnya tidak ye. Cara pakai krim siang yang betul, bintikkan krim ke muka (normal sy buat 5-6 bintik halus, kemudian ratakan ke seluruh muka, cara ini jimat serta berkesan). Krim malam pula agak melekit dan berminyak, tetapi sgt bagus, cumanya kene la berhati-hati agar tidak pakai terlalu tebal kerana boleh mengakibatkan rasa kurang selesa akibat rasa minyak and lekit tu ye. Sebab tu cadangan pemakaian dari pengeluar sendiri ialah, pakai krim malam secara tipis shj!. Saya memakai set normal, jadi terdapat 2 jenis sabun berlainan, iaitu sabun collagen & sabun susu beras. Bagi yang biasa cuci muka dengan sabun, boleh tahu sabun ada abiliti untuk membuatkan kulit rasa lebih tegang, dan kering. Bila kulit kering, possibiliti untuk menggelupas itu ada, and sabun susu beras begitula tugasnya. Membuang sel-sel kulit mati pada wajah, jadi tidak mustahil, apabila anda mengamalkan sabun susu beras, kulit akan menggelupas. Tetapi kerana kita memiliki kulit yang normal/kering, gandingan sabun collagen adalah yang terbaik. Sabun collagen akan melawan sabun susu beras, maka hasilnya kulit jadi lembap selepas penggelupasan halus akibat kerja sabun susu beras tersebut. Oleh itu, pemilihan set dnars adalah sangat kritikal. Kerana set yang berlainan mempunyai fungsi kerja yang berlainan. Malahan, effect yang berlainan juga.
Nasihat/Comment: Dnars skincare merupakan satu-satunya produk yang benar-benar memberi kesan terbaik buat kulit wajah saya. kenapa saya berani katakan begini. Kerana selepas berhenti sekalipun, saya pernah buat testing, kesan berhenti produk, dnars tidak membuatkan kulit saya semakin teruk, atau keluar bintik hitam atau sebagainya. Tiada kesan buruk akibat berhenti Dnars ye. Saya memakai dnars secara consisten selama 6 bln lebih, dan berhenti akibat saja2 nak test produk lain. Memang tiada kesan buruk berlaku pada kulit wajah saya! Alhamdulillah, kini saya lebih yakin dan percaya dengan Dnars skincare.
Awas: Sila kenal pasti terlebih dahulu kulit wajah anda sebelum mencuba dnars skincare, bagi kulit normal/kering mudah untuk dikenal pasti, cuma yang tricky ialah pada kulit wajah jerawat atau berminyak.
Gambar sebenar produk Dnars Skincare (bagi set normal/kering)
Testimoni berjaya bagi pengguna Dnars skincare (set normal)
Supplement Kecantikan
Pilihan: Inayah Beauty Booster
Review: Inayah BB merupakan supplement berbentuk capsules, di mana 1 botol mempunyai 30 biji capsules. Berwarna hijau-kekuningan (refer gambar nanti ye). Apa yang bagus tentang Inayah BB? Harga yang sangat berpatutan, reasonable price with excellent materials/ingredient. Merupakan supplement kecantikan, kesihatan serta pelangsingan. 3 in 1 dan dalam 1 harga yang boleh dikatakan murah. Inayah BB menggunakan collagen --> pure shark which is rare and diimport dari luar negara. Saya suka dengan Inayah BB kerana 1 hari hanya perlukan 1 biji untuk mendapatkan kesan yang sangat puas hati. Cara makan Inayah yang betul ialah, lepas bangun tido tu, terus shj ambil 1 biji with air masak/kosong dan pastikan sehari kita cukup 2 ltr air untuk memastikan Inayah dapat berfungsi dengan baik. So far, Inayah benar2 merealisasikan impian kita untuk memiliki categori cantik, sihat dan kurus pada sama yang sama. Kebaikannya, tidak lagi perlu menggunakan pelbagai produk berlainan untuk dapatkan kesan cantik, sihat dan kurus. Cuma perlukan Inayah shj tuk ketiga2 aspek ni. Inayah tiada kandungan herba jadi amat selamat bagi ibu mengandung, berpantang, menyusu atau bagi customer yang sudah pun menggunakan jamu atau herba. Cumanya, Inayah tiadalah berkesan untuk memulihkan dara ke ketat ke sebabnya tiada ingredient tersebut. Tapi, okla, takkan nak semua 4 in 1 pulak? hehe. Saya cukup dan amat berpuas hati dengan Inayah BB, sebab satu2nya supplement yang saya rasakan berkesan dengan tubuh badan saya, sebelum ni dah try pelbagai produk yang harga lebih kurang dan lebih mahal lagipun tapi tak berkesan seperti yang diwar-warkan.
Nasihat/Comment: Ok.Sangat berpuas hati. Cuma sekiranya anda wanita yang ada try produk2 lain, cthnya herba, atau ubat-ubatan lain, jarakkan pengambilan dalam 2 jam ke atas ye. And sila berhenti ata kurangkan atau jarakkan minuman berkafien dalam 5 jam selepas makan Inayah untuk mendapatkan kesan terbaik dari capsules Inayah BB.
Awas: Jarakkan/berhenti terus minum kafein! dan minum air secukupnya.
Sedikit info bergambar tentang produk Inayah
Testimoni berjaya dengan Inayah BB
No comments:
Post a Comment