Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

Friday 8 August 2014

Kuruskan badan dengan pengganti gula

Senarai bahan yang boleh gantikan gula jika anda ingin kuruskan badan.

Gula adalah bahan utama yang anda perlu makan jika anda ingin gemukkan diri anda. Ini kerana gula akan menambah selera makan anda di samping merangsang pembentukan lemak berlebihan di dalam badan.

Namun, di samping  sifat gula yang menggemukkan, ada juga gula yang boleh membantu anda untuk kuruskan badan. Gula yang saya maksudkan adalah bahan pemanis semulajadi. Berbeza dari gula biasa yang kita guna di mana ia telah di proses, gula dari bahan pemanis semulajadi boleh memberi rasa manis pada makanan atau minuman di samping memberi anda kesihatan yang baik.

Berikut saya senaraikan bahan makanan yang boleh bertindak sebagai gula dan boleh membantu anda untuk kuruskan badan.

Stevia

Mengikut kajian, pemanis semulajadi dari daun stevia ini mampu menyihatkan badan anda dan juga boleh membantu proses kuruskan badan. Paling menarik mengenai stevia adalah ia tidak akan mempengaruhi tahap gula di dalam darah.

Fruktose.

Fruktose adalah pemanis semulajadi yang ada dalam buah seperti buah oren, epal dan pear. Jika anda buat jus daripada buah – buahan, jangan tambah gula kerana gula asli lebih sedap rasanya dan juga lebih sihat.

Madu.

Dahulu, ramai orang menggunakan madu sebagai pemanis makanan termasuklah sebagai pemanis untuk kopi dan teh. Cara orang dahulu sebenarnya sihat kerana madu terkenal dengan khasiatnya yang boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Selain boleh bantu menyihatkan badan anda, madu juga boleh memberi anda rasa segar.

Coklat.

Coklat asli dari pokok boleh beri anda rasa manis dan secara keseluruhannya coklat boleh memberi kesihatan yang baik pada anda.

Kindly Share The Love »»

Save on Delicious

No comments:

Post a Comment